KPM lancar program rintis 'Reading Progress' di 576 sekolah

Iklan
Mohd Radzi berucap pada Majlis Pelancaran Inisiatif Reading Progress Di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2022, pada Selasa. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melancarkan program rintis bagi pelaksanaan inisiatif Reading Progress (RP) di 576 sekolah melibatkan 1,188 guru.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, pelancaran tersebut membantu KPM bagi melihat ruang penambahbaikan dan mengoptimumkan potensi program tersebut supaya dapat diperluas di semua sekolah.

Iklan
Iklan

Ujar beliau, inisiatif RP itu merupakan salah satu aplikasi yang terdapat dalam Microsoft Teams yang digunakan KPM dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) di sekolah-sekolah seluruh negara.

"Ini akan dapat membantu murid bukan sahaja dalam konteks sebutan, tetapi juga berkaitan pengenalan kepada perkataan lebih baik," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media Majlis Pelancaran Inisiatif 'Reading Progress' Di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di sebuah hotel pada Selasa.

Ulas beliau, inisiatif berkenaan masih dalam peringkat permulaan kerana lebih banyak program-program saluran yang akan dilaksanakan selepas itu.

Iklan

"Insya-ALLAH selepas kita laksanakan program rintis, kita akan laksanakan di seluruh negara dan apabila aplikasi ini untuk bahasa Melayu tersedia, kita akan lihat.

"Untuk aplikasi bahasa Melayu, ia dijangka siap pada tahun hadapan. Jadi kita gunakan (dahulu) untuk pelaksanaan Bahasa Ingeris dan Insya-ALLAH ini merupakan satu pendekatan yang kita gunakan bagi memudahkan pembelajaran dan memastikan ia lebih cekap serta berkesan," ujarnya.