Ribut petir dijangka berlarutan hingga 15 April

Iklan
Jabatan Metereologi Malaysia

SHAH ALAM - Ribut petir dan hujan diramal akan berlarutan sehingga Isnin, 15 April ini di Selangor.

Laman sesawang Jabatan Metereologi Malaysia memaklumkan keadaan ini akan melibatkan beberapa lokasi.

Iklan
Iklan

"Antara kawasan diramalkan akan mengalami cuaca ribut petir dan hujan ini adalah Hulu Selangor, Gombak, Sepang, Petaling, dan Hulu Langat.

"Cuaca tersebut diramalkan berlaku sepanjang pagi dan juga petang," katanya.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun cuaca dijangka akan berubah panas bermula Sabtu sehingga Isnin ini di beberapa lokasi antaranya Kuala Selangor, Klang, Sabak Bernam dan Kuala Langat.