PRU15: Annuar Musa teringin jadi calon

Iklan
Annuar Musa

PUTRAJAYA - Tan Sri Annuar Musa membayangkan akan mempertahankan Parlimen Ketereh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, menurutnya, kedudukan calon akan ditentukan oleh Top 5 UMNO tidak lama lagi.

Iklan
Iklan

"Sebenarnya ramai, bukan saya sahaja sentiasa teringin menjadi calon...Kalau kita ada keinginan untuk berkhidmat, maka ada keinginan jadi calon," katanya ketika sidang akhbar dalam majlis pelancaran Kira Detik Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022, di sini pada Selasa.

Beliau dalam ucapannya berkata, seorang politikus sukar untuk keluar daripada bidang itu selepas memutuskan penglibatan dalam pentas politik.

Iklan

"Sebagai orang politik yang menyertai pilihan raya lapan kali, tiga kali tewas dan lima kali menang tetapi masih lagi tegap berdiri dan masih lagi teringin nak jadi calon," katanya yang turut mendapat tepukan daripada hadirin.

Annuar berkata, kemenangan UMNO pada PRU15 di Ketereh bergantung kepada kebijaksanaan pengundi di kawasan itu.

Iklan

"Pengundi Ketereh cukup bijak dan saya percaya kali ini juga sama juga, cuma sesiapa menjadi calon nanti hendaklah berikrar untuk melaksanakan tanggungjawab yang dihadapkan rakyat.

Ditanya mengenai gerak kerja di peringkat akar umbi, Annuar berkata UMNO dan BN berada di hadapan.

"Sebenarnya UMNO dan BN mempunyai rangka kerja dan kita mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang telah lama diamalkan... Saya fikir tiada masalah," katanya.

Pada PRU14 lalu, Annuar menang dengan majoriti 4,626 undi menewaskan calon Pas dan Pakatan Harapan.

Khamis lalu, Annuar yang juga Ketua UMNO Ketereh menyatakan kesediaannya untuk mempertahankan Ketereh sekiranya diberi mandat oleh parti untuk bertanding pada PRU15 nanti.