Selangor berjaya kutip pendapatan RM2.1 bilion

Iklan
Amirudin berkongsi pendapatan Selangor setakat Isnin.

SHAH ALAM - Selangor cemerlang di bawah pentadbiran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari selepas memperoleh pendapatan melepasi sasaran ditetapkan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, peningkatan pendapatan tersebut merupakan kejayaan tiga tahun berturut-turut.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, setakat 17 Oktober lalu, Selangor mencatatkan pendapatan RM2.1 bilion mengatasi sasaran hasil RM2.05 billion pada 2022.

"Pencapaian ini hasil kerja berpasukan yang padu serta pengurusan ekonomi berhemah. Syukur alhamdulillah," katanya menerusi perkongsian di Facebook pada Selasa.

Iklan

Perkongsian tersebut menerima reaksi positif dalam kalangan pengguna media sosial yang mengucapkan tahniah dan syukur.

Bagaimanapun terdapat juga netizen yang bertanyakan fungsi pendapatan tersebut yang tidak digunakan untuk tujuan tambah baik fasiliti dan kemudahan.

Iklan