PUTRAJAYA - Harga ayam ketika ini masih di bawah harga kawalan maksimum yang ditetapkan iaitu RM9.40 sekilogram dengan harga purata nasional RM9.18 sekilogram, berdasarkan cerapan harga harian Sabtu lepas.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Azman Mohd Yusof dalam kenyataan pada Selasa berkata, harga purata bagi Semenanjung Malaysia pula adalah RM9.13 sekilogram.