Malaysia dan Singapura sentiasa berunding: Dr Mahathir

Iklan
Dr Mahathir (dua, kanan) bersama rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong pada majlis jamuan makan tengahari rasmi di Seri Perdana hari ini. 
- Foto Bernama

PUTRAJAYA - Malaysia dan Singapura membincangkan secara terperinci mengenai isu dua hala yang belum dapat diselesaikan dalam suasana mesra dan konstruktif semasa pemukiman para pemimpin di sini di mana kedua-dua negara bersetuju untuk berusaha ke arah penyelesaian yang baik, kata Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap dalam sidang akhbar bersama Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong selepas tamatnya Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Kesembilan di sini hari ini, Dr Mahathir berkata hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura sentiasa baik dan ini bukan pencapaian yang kecil.

Iklan
Iklan

"Sekurang-kurangnya kami sentiasa sedia berunding. Sekiranya kami mempunyai masalah, kita menyuarakan masalah kadang-kandang terbuka atau secara peribadi.

"Apa yang tidak kita lakukan ialah kita tidak bersemuka antara satu sama lain atau mengusulkan supaya kita menyelesaikan masalah menerusi tindakan ganas seperti berperang dengan Singapura,” kata Mahathir.

Iklan

Menegaskan bahawa ia bukan pencapaian yang kecil, Dr Mahathir berkata sesetengah negara yang mempunyai masalah dengan jiran mereka akan menyelesaikannya melalui kekerasan atau peperangan, yang mana kedua belah pihak akan kalah.

"Rakyat Malaysia dan Singapura bertamadun, kita tidak percaya kepada keganasan,” kata beliau.

Iklan

Ketika pemukiman pemimpin itu, Dr Mahathir berkata antara yang dibincangkan ialah mengenai sempadan maritim, ruang udara, projek keretapi lintas sempadan, kesesakan di sempadan Malaysia-Singapura dan Perjanjian Air Johor 1962.

"Kami bercakap mengenai hubungan dua hala Malaysia-Singapura dan bagaimana menguat dan memperbaikinya”, kata beliau.

ARTIKEL BERKAITAN: Perjanjian air: Malaysia-Singapura setuju selesai secara damai

Sementara itu Lee berkata Singapura dan Malaysia telah bekerja keras untuk membangun dan mengendalikan hubungan ini.

"Sekiranya anda melihatnya dalam konteks ASEAN dan global, sebenarnya Malaysia dan Singapura adalah negara yang sangat serupa dari segi warisan, kedaulatan undang-undang, hubungan sesama kita, dan keselesaan antara satu sama.

"Oleh itu, terdapat potensi yang luas untuk kita bergerak maju dengan cara yang kooperatif dan saling menguntungkan," katanya.

Mengenai soalan sama ada pertikaian maritim dan ruang udara boleh menjejaskan hubungan dalam jangka masa lama, Lee berkata ini bergantung kepada bagaimana ia diuruskan.

Ini adalah isu yang berterusan kerana kita mempunyai sempadan maritim bersama. Sekiranya ia diurus dengan baik maka ia boleh menjadi yang produktif bagi kedua-dua negara dan hubungan keseluruhan boleh berjaya. Sekiranya tidak diuruskan dengan baik, ia boleh menimbulkan masalah dan meracuni hubungan secara keseluruhan," katanya. -Bernama