KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima laporan polis mengenai kenyataan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas yang didakwa menyentuh isu berbaur perkauman.
Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, kenyataan terbabit merupakan ucapan Tommy semasa 'Forum Dark Forces Towards GE15' yang telah diadakan pada 17 September lalu.