Pas masih perlukan UMNO: Tajuddin

Iklan
Tajuddin (dua dari kiri) pada program Wacana Sinar Harian bertajuk “Demi Rakyat Atau Kuasa” yang menampilkan Ismail Adnan (kiri) Siti Aishah (dua dari kanan) dan Mardhiyyah yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Selasa. Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID.

SHAH ALAM –"Pengasas Muafakat Nasional (MN) adalah saya,” kata Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Tajuddin mengakui orang Melayu Bersatu sebab MN dengan program yang dimulakannya di Kampung Gajah, Sungai Manik, Kimanis, Tanjung Piai dan Dataran Merdeka

Iklan
Iklan

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Harian siri ke-370 ‘Demi Rakyat atau Kuasa’ yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Selasa.

Turut menjadi panelis Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Siti Aishah Shaikh Ismail dan Timbalan Ketua Ameerah Malaysia, Mardhiyyah Johari manakala Ismail Adnan bertindak selaku moderator.

Iklan
Tajuddin

Jelas Tajuddin, kekuatan dua blok parti terbesar Melayu Islam terbukti apabila gabungan itu berjaya memenangi beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK).

"Tetapi oleh kerana kita kalah dengan godaan syaitan, kita nak Tan Sri, kita nak Datuk Seri, nak jadi Menteri, Timbalan Menteri apa dah jadi? Percayalah UMNO kita boleh solo tetapi Pas kuat kerana UMNO,” jelas beliau.

Iklan

Menurut lagi, keputusan Pas bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah merugikan kerana parti itu masih baharu dan tiada pengalaman.

"Kalau nak dengan Bersatu, Bersatu tiada ‘network’, tiada infrastruktur tiada kekuatan... rugi, fikir baik-baik yang mana nak diutamakan?

"Pas membawa falsafah Haji Hadi, ohh kita memilih mudarat yang sedikit daripada mudarat yang besar antara Pas dengan UMNO, Pas dengan Bersatu mana mudarat lebih?

Sementara itu, Tajuddin turut mengibaratkan Pas seperti kacang lupakan kulit kerana mementingkan parti yang tidak pernah membantunya selama ini.

"Hari ini pun siapa yang mengasaskan UMNO dengan Pas, kenapa pilih Bersatu, kalau nak isteri dua atau tiga, pertama tu yang diutamakan, ini isteri kedua dan ketiga diutamakan,” ujarnya.