WhatsApp jauh lebih selamat berbanding iMessage

Iklan
WhatsApp didakwa mempunyai kelebihan unik berbanding pesaingnya, iMessage. - Foto AFP

LOS ANGELES - Pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg baru-baru ini mendakwa bahawa WhatsApp jauh lebih selamat berbanding pesaingnya, iMessage.

Zuckerberg yang syarikatnya memiliki Facebook, Instagram dan WhatsApp menyiarkan gambar kempen pengiklanan terbaharu WhatsApp di halaman Instagramnya pada Selasa.

Iklan
Iklan

Syarikat Apple pula memiliki iMessage iaitu perkhidmatan penghantaran mesej yang dilancarkan pada tahun 2011.

Sebagai dua daripada syarikat teknologi terbesar di dunia, tidak hairanlah Apple dan Meta yang memiliki WhatsApp mempunyai persaingan sengit secra berterusan.

Iklan

Tetapi ketegangan antara firma nampaknya berada pada tahap yang tinggi dengan Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg mempertahankan keunikan WhatsApp.

"Dengan WhatsApp, anda juga boleh menetapkan semua sembang baharu untuk hilang dengan menekan butang (pada telefon bimbit)," menurut kenyataan Zuckerberg itu. - Agensi

Iklan