Kisah Cikgu Fadli curi tumpuan

Iklan
Lembaga Tatatertib KPM dikatakan membuat keputusan bahawa guru, Mohd Fadli Mohamed Salleh tidak bersalah dan bebas daripada sebarang tindakan tatatertib berhubung kontroversi yang sedang melanda. - Foto: Sumber internet.

KETIKA media terus terarah kepada perkembangan politik tanah air, dua isu menarik perhatian Merak Jalanan iaitu kisah wajah Bilal dan Cikgu Fadli.

Kedua-dua ‘figura’ itu menduduki carta teratas dalam carian di Google mahupun media sosial. Sama popular tapi dua isu jauh berbeza.

Iklan
Iklan

Merak Jalanan terpanggil untuk berkongsi pandangan tentang kisah Cikgu Fadli kerana ada dua anak yang masih bersekolah rendah.

Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) menyebabkan Nasya dan Fateh tidak dapat beri tumpuan di dalam kelas online, malah kefahaman terhadap subjek dipelajari juga terbatas.

Iklan

Sebagai ibu, Merak Jalanan akui antara tulisan Cikgu Fadli di media sosial sehingga menyebabkannya ‘ditegur’, ada benarnya. Bab membaca pun masih ‘merangkak’ dan silibus tidak seiring umur perlu diperhalusi supaya anak-anak kita kembali seronok ke sekolah.

Pandangan Merak Jalanan, luahan Cikgu Fadli tidak seharusnya dibalas dengan tindakan tatatertib tanpa diperhalusi sehalus-halusnya hujah dilontarkan.

Iklan

Merak Jalanan bersetuju apabila Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mengambil pendekatan untuk bertemu mata dengan Cikgu Fadli.

Ketika solidariti warganet menyebelahi nasib guru itu yang berdepan tindakan Lembaga Tatatertib, Mohd Radzi bertindak ‘gentleman’ membuka ruang duduk semeja dengan cikgu muda tersebut.

Meskipun Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali pada Isnin memaklumkan surat yang dihantar kepada Cikgu Fadli tidak bermaksud hukuman telah dijatuhkan, rata-rata warga maya bersetuju bahawa ia bukan isu pokok.

Majoriti bersetuju kenyataan Cikgu Fadli bahawa menyelamatkan dirinya sahaja daripada jawatan disandang tidak akan membawa apa-apa maksud, sekiranya tiada perubahan dalam sistem pendidikan negara.