1,873 kes baharu Covid-19, tiga kematian direkod

Iklan
KKM rekod 1,873 kes baharu Covid-19 dengan tiga kematian pada Selasa. - Gambar Bernama

SHAH ALAM – Malaysia merekodkan 1,873 kes baharu Covid-19 pada Selasa dengan empat daripadanya kes import, manakala kes aktif dicatatkan adalah sebanyak 23,425.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, daripada keseluruhan kes pesakit Covid-19 yang masih aktif, sebanyak 22,360 atau 95.5 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Iklan
Iklan

Data itu turut menunjukkan seramai 1,022 pesakit Covid-19 dilaporkan ditempatkan di hospital dengan 43 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Kes sembuh baharu Covid-19 yang direkodkan ialah 1,515 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,810,424.

Iklan
Iklan

Pada masa yang sama, negara ini turut merekodkan tiga kematian baharu akibat wabak tersebut pada Selasa.