Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Iklan
Kegiatan pengambilan untung sederhana menyaksikan nilai ringgit menyusut berbanding dolar AS. Foto 123RF

KEGIATAN pengambilan untung sederhana yang didorong oleh rasa bimbang terhadap tindakan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengetatkan dasar monetari dengan lebih agresif menyaksikan nilai ringgit menyusut berbanding dolar AS pagi ini.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan turun 15 mata asas kepada 4.7160/7200 daripada penutupan hari Selasa 4.7145/7165.

Iklan
Iklan

Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata, pelabur masih memantau rentak inflasi dan menantikan data seterusnya daripada zon euro, United Kingdom (UK) dan Kanada.

"Di Eropah, pasaran menjangkakan data Indeks Harga Pengguna, penunjuk inflasi untuk menunjukkan bacaan 10 peratus, paras tertinggi dalam 30 tahun, dan ia juga dijangka berada pada 10 peratus di UK.

Iklan

"Dari sudut teknikal, dolar berada dalam paras rintangan penting berbanding ringgit dan terdapat beberapa isyarat terlebih beli daripada penunjuk Indeks Kekuatan Relatif (RSI), yang boleh memberi laluan kepada anjakan semula dalam masa terdekat," katanya. Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Iklan

Ringgit menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.3479/3525 daripada 5.3118/3141 pada penutup Selasa, lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.3218/3251 daripada 3.3168/3184 semalam dan turun berbanding euro kepada 4.6504/6544 daripada 4.6372/6391 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.1611/1642 daripada 3.1630/1646 pada penutup semalam. - Bernama