Tok Mat tak sehebat mana, kata pemimpin Bersatu

Iklan
DATUK RAZALI IDRIS

KUALA TERENGGANU- Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan tidaklah sehebat mana di DUN Rantau, sebaliknya dilihat hanya bergantung pada undi orang Melayu.

Pengerusi Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, jika dilihat dari jauh, calon BN itu memang popular di kawasannya, namun ia bukanlah seindah khabar dan cakap-cakap di media sosial.

Iklan
Iklan

"Tok Mat sebenarnya banyak masalah juga, cuma di sana (Rantau) majoriti adalah pengundi Melayu. Jika kita lihat sentimen Melayu, ia agak memihak kepada Tok Mat tapi jika sentimen kelebihan atau jasa Tok Mat di kawasan Rantau, orang Rantau tidak setuju.

"Banyak perkara dan isu-isu seperti pembelian apartmen di London bernilai RM10 juta yang membelenggunya. Kalau isu keperibadian atau tanggungjawabnya sebagai Menteri Besar, dia tak sehebat seperti mana yang diuar-uarkan dalam media sosial,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Ditanya peluang PH pada pilihan raya kecil itu, Razali berkata, jika pengundi masih lagi melihat kepada faktor calon Melayu, kelebihan berpihak kepada Mohamad bersandarkan beliau calon Melayu, Islam, Bumiputera dan calon tempatan.

Katanya, berbanding calon PH, Dr S Streram yang merupakan calon India dan merupakan minoriti di kawasan itu.

Iklan

"Tapi macam mana pun, ada juga sebahagian daripada pengundi mengatakan mereka tidak kisah calon mana, yang penting khidmat atau kebajikan kepada rakyat dan pengundi di DUN Rantau.

"Jadi kalau mereka memberikan kemenangan kepada Tok Mat sekalipun, apa yang dia boleh lakukan kepada DUN Rantau? Tok Mat tidak boleh membawa balik pembangunan ke negeri kerana kerajaan negeri dan pusat adalah dari PH,” katanya.

Mengulas mengenai calon PH yang kurang popular dan dikenali di sana, Razali turut mengakuinya.

"Tok Mat adalah calon Rantau selama 3 penggal, kemudian menjadi menteri besar. Ia menjadi satu kesukaran kepada calon PH di samping orang kurang kenal dan bukan Melayu Islam. Maksudnya, kelebihan Tok Mat adalah isu kaum dan berkhidmat lama, sedangkan Streram tidak pernah berkhidmat.

"Jadi, PH terpaksa bekerja keras dan memberikan penerangan terus dari rumah ke rumah, supaya pengundi faham. Kalau Tok Mat menang pun, tidak ada apa. Kalau mereka nak kesinambungan pembangunan, maka calon PH yang patut dipilih rakyat di DUN Rantau,” katanya.