Paras air Sungai Pendang masih di tahap amaran

Iklan
Anggota APM Pendang melakukan pemantauan paras air berhampiran Sungai Pendang pada Rabu.

ALOR SETAR – Paras air Sungai Pendang masih di tahap amaran dengan bacaan 2.54 meter (m) setakat jam 10 pagi Rabu, namun trend aras air didapati menurun.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, Leftenan (PA) Yuslina Yusoff berkata, paras air menunjukkan sedikit penurunan berbanding paras bacaan 2.65 meter pada jam 7 malam Selasa.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pemantauan mendapati paras air Sungai Pendang di kawasan Kampung Banggol Kambing melimpah ke jalan.

"Begitu juga, paras air di Kampung Seberang Pendang, Kampung Pondok Haji Husin dan Kampung Sukamari yang mengalami sedikit penurunan berbanding Selasa.

Iklan

"Sehubungan itu, anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pendang terus memastikan penghuni di kawasan terlibat seperti Kampung Seberang Pendang supaya terus berjaga-jaga,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Yuslina menjelaskan, ia memandangkan keadaan cuaca ketika ini tidak menentu meskipun air sedikit surut di kawasan terlibat.

Iklan

"Kami juga bersiap sedia sekiranya penghuni di kawasan berhampiran sungai seperti Kampung Sukamari sekiranya penghuni perlu berpindah,” katanya.

Kata beliau, pihaknya akan terus melakukan pemantauan di lokasi ‘hot spot’ yang berpotensi banjir sebagai langkah berjaga-jaga dan bersiap sedia disebabkan cuaca tidak menentu.