Sehari Bersama Jakim bantu usahawan terokai industri halal

Iklan
Sehari Bersama Jakim menyediakan pelbagai program menarik antaranya seminar yang akan membincangkan mengenai industri halal.

SME Association of Malaysia atau Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana Malaysia bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menganjurkan Sehari Bersama Jakim yang diadakan di Auditorium Jakim, Putrajaya pada Khamis.

Presidennya, Ding Hong Sing berkata, program itu julung kali diadakan untuk mendekatkan usahawan dengan membawa segenap ilmu mengenai pensijilan halal dan kepentingannya terhadap sektor perniagaan di Malaysia dan antarabangsa.

Iklan
Iklan

"Program ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada mereka mengenai memperbaharui pensijilan halal dan perbincangan isu yang berkaitan.

"Antara kementerian dan agensi yang terlibat ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Perbadanan Pembangunan Industri (HDC), Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD-Corp), Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Jakim,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan
Hong Sing

Hong Sing berkata, program itu bakal dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Ahmad.

"Dengan pertumbuhan penduduk Islam di Malaysia, potensi pasaran makanan halal besar. Konsep halal tidak terhad kepada makanan sahaja tetapi merangkumi kosmetik, farmasi, perkhidmatan kewangan, perhotelan dan perkilangan.

Iklan

"Kami berharap program ini dapat meningkatkan dan memberi kesedaran industri halal terhadap perusahaan kecil dan sederhana serta membantu pasaran tempatan untuk mendapatkan lebih kesedaran mengenai Halal dan melihat inovasi produk halal, ” kata Hong Sing.

Beliau berkata, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang program itu berlangsung seperti pelancaran ‘Halal Corner dan Klinik Halal’, pertandingan memasak daripada pelajar kulinari peringkat kolej dan universiti, jualan perniagaan dari peniaga trak mudah alih dan peniaga usahawan mikro.

"Kami mengalu-alukan penyertaan dari seluruh usahawan yang terlibat dalam perniagaan halal untuk turut sama dalam program seminar ini,” katanya.

Mereka yang berminat boleh mendaftar dengan melayari laman sesawang www.smemalaysia.org atau hubungi sekretariat Halal seminar di talian 6012-6312098 atau 6012-5637098.