Muda mahu agihan kerusi secara adil

Iklan
Amira Aisya

JOHOR BAHRU - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mahukan pengagihan kerusi dengan Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dilakukan secara adil.

Timbalan Presiden Muda, Amira Aisya Abd Aziz berkata, pihaknya masih belum mengetahui akan bertanding di kawasan mana kerana rundingan rasmi Muda bersama PH masih belum bermula.

Iklan
Iklan

"Sebagai Pengarah Pilihan Raya Muda, saya telah berhubung dengan pimpinan PH untuk adakan rundingan dalam masa terdekat.

"Sudah tentu juga, kerusi perlu diagih adil dan saksama," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, fokus PRU kali ini adalah untuk memberi tawaran terbaik kepada rakyat dalam melawan kerajaan UMNO dan BN.

Muda katanya, perlu menampilkan calon-calon berwibawa supaya rakyat tidak perlu memilih yang terbaik antara 'dua kejahatan'.

Iklan

"Rakyat berhak memilih wakil rakyat yang benar-benar adil, tekun bekerja dan punyai semangat berkhidmat untuk rakyat. Kita wajib kembalikan maruah negara ke tangan rakyat," ujarnya.

Pada 6 September lalu, Muda bersetuju bergerak bersama PH supaya pembangkang dapat bergerak dalam satu gabungan, mengelak pertindihan kerusi dan sama-sama fokus menghadapi PRU15.

Pada 30 September, pimpinan Muda mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Rundingan PH untuk membincangkan gabungan PH dan Muda.

Muda bersetuju dengan semua tiga terma dan syarat yang dibentangkan dan pada 12 Oktober PH setuju untuk mengadakan pakatan pilihan raya (electoral pact) kerana hal-hal teknikal seperti kelulusan pendaftar pertubuhan (RoS) dan sebagainya.