Mural gergasi di Melaka

Iklan
TERPESONA... Orang ramai pasti tertarik apabila melihat lukisan mural gergasi pada dinding sebuah bangunan kedai dua tingkat apabila melalui Jalan Munshi Abdullah dekat Kampung Jawa.

Lukisan mural berwarna ceria itu berlatarbelakangkan ikon Melaka seperti kancil dan tempat menarik di sekitar negeri ini antaranya Kota A'Famosa, Bangunan Stadthuys dan River Cruise Sungai Melaka.

Kampung Jawa terletak di dalam Parlimen Kota Melaka di mana penyandang kerusinya adalah DAP. Melaka terdapat enam kerusi parlimen iaitu Kota Melaka, Tangga Batu, Hang Tuah Jaya, Jasin, Alor Gajah dan Masjid Tanah. - Foto Bernama