KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol untuk kesemua jenis produk petroleum adalah tidak berubah dan kekal bagi tempoh 20 Oktober hingga 26 Oktober 2022.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan pada Rabu berkata, harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.95 seliter, RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.