Alaska tutup aktiviti penangkapan ketam di Laut Bearing

Iklan
Jabatan Perikanan dan Penangkapan Ikan Alaska mengumumkan penutupan musim ketam salji AS di Laut Bering berikutan penurunan populasi ketam di rantau itu. - Foto Agensi

WASHINGTON - Industri perikanan Amerika Syarikat (AS) dijangka mengalami kerugian lebih satu bilion dolar selepas Alaska menutup musim penangkapan ketam salji di Laut Bering buat kali pertama dalam sejarah negara itu, kata pengarah eksekutif Alaska Bering Sea Crabbers, Jamie Goen kepada Sputnik.

Minggu lepas, Jabatan Perikanan dan Penangkapan Ikan Alaska mengumumkan penutupan musim ketam salji AS di Laut Bering berikutan penurunan populasi ketam di rantau itu. Musim penangkapan ketam raja merah juga ditutup untuk tahun kedua berturut-turut.

Iklan
Iklan

"Kami menganggarkan kerugian ekonomi lebih AS$500 juta sekarang kerana sudah dua tahun kami menghadapi sama ada musim penangkapan ditutup atau memperoleh hasil tangkapan yang rendah.

"Kerugian melebihi satu bilion dolar jika mengambil kira pekerja pemproses dan komuniti nelayan yang menyokong perniagaan," kata Goen.

Iklan

Goen berkata, keputusan jabatan perikanan Alaska itu mungkin akan memusnahkan perniagaan ramai keluarga nelayan memandangkan tiada program bantuan segera persekutuan untuk membantu nelayan AS.

"Kumpulan kami mempunyai 60 kapal dan banyak daripada mereka tidak akan dapat mengharunginya. Kerajaan AS tidak menyediakan bantuan untuk nelayan seperti yang diberikan kepada petani di negara itu apabila tanaman mereka tidak berhasil,” kata Goen.

Iklan

Walaupun ada program bantuan kewangan peringkat negeri untuk perikanan di Alaska, namun ia mengambil masa dua hingga empat tahun untuk mendapat kelulusan.

Ekoran situasi itu, Persatuan Perdagangan Alaska Bering Sea Crabbers pada Isnin mengadakan perbincangan dengan penggubal undang-undang di Kongres bagi melobi bantuan kewangan segera.

Sementara itu Jabatan Perikanan Alaska dalam kenyataan akhbar berkata, mereka memahami bahawa penutupan musim penangkapan ketam salji di Laut Bering musim ini akan memberi kesan besar kepada industri perikanan AS, namun langkah ini perlu bagi memulihara kemampanan stok ketam di kawasan tersebut untuk tempoh jangka panjang.

Jabatan itu juga sedang mengkaji punca kemerosotan populasi ketam di laut itu. - Bernama