JOHOR BAHRU - Negara tidak pernah ketandusan pemimpin yang mampu berdepan pelbagai cabaran masa kini seperti didakwa bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam.
Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, sebagai contoh, BN dan UMNO sentiasa mempunyai pelapis yang berketrampilan, berkaliber dan berpendidikan tinggi.
"Contohnya Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Mohd Shahar Abdullah dan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Sufian Hamdan yang merupakan antara bakat yang kita akan ketengahkan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Pengagihan Peranti Mahasiswa Keluarga Malaysia di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini pada Rabu.
Pada Selasa, Musa menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai tiga pemimpin yang mampu menerajui negara ini.
Musa berkata, tiga pemimpin itu dilihat mempunyai kualiti, daya tahan dan karisma dalam memimpin negara mengharungi cabaran masa kini.
Adham yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Invovasi bercadang menemukan Mohd Shahar dan Shahril dengan Musa yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri.
"Ini supaya dia lebih tahu, jangan melihat kepada seorang sahaja, kita ada ramai yang boleh (berbakat kepimpinan). Ini generasi baharu orang muda yang boleh kita lihat," ujar beliau.
Dalam pada itu, beliau berkata, jentera parti akan membantu pemimpin muda BN yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk diketengahkan bagi menyerlahkan lagi kemampuan mereka.
"Malah Presiden parti juga memainkan peranan penting dalam membuka ruang buat pemimpin muda dengan menetapkan 70 peratus calon PRU15 adalah muka baharu dalam kalangan pemimpin pemuda," katanya.