Saya nampak nyanyuk ke? - Tun M

Iklan
Dr Mahathir

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan bahawa beliau masih layak menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) meskipun sudah berusia.

Menurutnya, segala tugas dapat diteruskan beliau seperti biasa.

Iklan
Iklan

"Saya ini nampak nyanyuk ke? Saya boleh tak jawab soalan 'you'? (pemberita). Iyalah memang kebiasaannya orang umur 97 tahun ini sudah nyanyuk," katanya ketika sidang akhbar di pejabatnya di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai cakap-cakap orang ramai yang mempersoalkan keputusannya menjadi calon bagi mengekalkan kerusi Parlimen Langkawi.

Iklan

Minggu lalu, Dr Mahathir mengumumkan beliau menjadi calon Gerakan Tanah Air (GTA) yang bertanding menggunakan nama Pejuang pada PRU15.

Pada PRU14, bekas Perdana Menteri keempat itu mencipta kejutan memperoleh 18,954 undi di P004 Langkawi.

Iklan

Beliau menewaskan pencabarnya dari BN, Datuk Ir Nawawi Ahmad dan calon Pas, Zubir Ahmad dengan majoriti 8,863 undi.