Jangan sabotaj parti sendiri: Ismail Sabri

Iklan
Ismail Sabri (tengah) dan Ahmad Zahid (kanan) ketika hadir ke Pelancaran Gerak Kerja Jentera BN Kedah PRU15 di Dataran Serdang pada Rabu.

BANDAR BAHARU - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan pemimpin yang tidak terpilih sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) agar tidak berkecil hati sehingga mensabotaj parti.

Menurutnya, tidak mengapa sekiranya kecewa dan membawa diri, namun haruslah berjiwa besar serta setia pada parti.

Iklan
Iklan

"Bila tidak dapat jadi calon, saya tahu ramai yang akan kecewa. Kalau sedih tak apa, bersedihlah dan ambil tempoh bertenang dua tiga hari membawa hati yang lara.

Beliau berkata demikian semasa berucap sempena Pelancaran Gerak Kerja Jentera BN Kedah PRU15 di Dataran Serdang pada Rabu.

Iklan

Hadir sama melancarkan Gerak Kerja, Presiden UMNO dan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ismail Sabri berkata, apa yang dibimbangi ialah tindakan mereka yang tidak berpuas hati itu bukan sahaja tidak turun membantu jentera, malah melakukan sabotaj kepada parti.

Iklan

"Kita kena berjiwa besar, saya nak beritahu bahawa orang yang paling berjiwa besar dalam kalangan kita adalah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi apabila mengumumkan saya sebagai calon Perdana Menteri selepas PRU15," katanya.

Beliau berkata, keperibadian Ahmad Zahid yang berjiwa besar itu perlu dicontohi oleh semua pemimpin.

Dalam masa sama, katanya, kesemua ahli BN harus menyedari dan kenal siapa lawan dan siapa kawan mereka yang sebenarnya malah kesemua ahli parti perlu mengelak daripada menghalakan senjata ke parti sendiri yang mungkin boleh menyebabkan calon BN tewas.

Jelasnya, kehadiran 3,000 penyokong ketika pelancaran jentera PRU15 membuktikan rakyat Kedah dahagakan pemerintahan BN, selain mahukan perubahan dalam pilihan raya akan datang.