JUARA dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya melangkah ke pusingan kedua Terbuka Denmark selepas menewaskan pasangan Jerman, Mark Lamfuss-Marvin Seidel pada Rabu.
Pada saingan tersebut, Aaron-Wooi Yik tidak berdepan masalah apabila mengalahkan Lamfuss-Seidel menerusi kemenangan straight set 21-18, 21-19 dalam tempoh 36 minit.
Iklan
Iklan
Pasangan negara itu bakal bertemu gandingan Perancis, Lucas Corvee-Ronan Labar dan dijangka tiada masalah untuk meneruskan kemaraan ke suku akhir.
Bagiamanpun hasrat untuk melihat seorang lagi wakil beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun untuk melangkah ke pusingan kedua tidak kesampaian apabila tewas kepada pasangan Indonesia, Shohibul Fikri-Bagas Maulana.
Meskipun memberi tentangan sengit pada set pertama, pasangan muda negara itu akur tumpas 20-22, 15-21 dalam tempoh 33 minit.