Putin isytihar undang-undang tentera di empat wilayah Ukraine

Iklan
Sebuah kenderaan tentera Rusia dilihat berada di atas jalan di Lugansk ketika wilayah itu mengadakan pungutan suara untuk bergabung dengan Moscow. - Foto Agensi

MOSCOW - Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Rabu mengisytiharkan undang-undang tentera di wilayah Donetsk, Lugansk, Zaporizhzhia dan Kherson.

Empat wilayah Ukraine itu digabungkan ke dalam Persekutuan Rusia pada hujung bulan lalu.

Iklan
Iklan

"Saya menandatangani dekri untuk memperkenalkan undang-undang tentera dalam empat wilayah dalam Persekutuan Rusia ini," ujar Putin semasa mesyuarat Keselamatan Negara yang disiarkan di televisyen.

Kremlin kemudian menerbitkan dekri mengatakan undang-undang tentera akan dikuatkuasakan pada awal Khamis.

Iklan

Pada 4 Oktober lalu, Parlimen Rusia telah meratifikasi perjanjian mengenai penggabungan empat wilayah Ukraine.

Ia berikutan pungutan suara di Donetsk, Lugansk, Zaporizhzhia dan Kherson yang diadakan pada 23 hingga 27 September.

Iklan

Referendum berkenaan bagaimanapun menerima kecaman Amerika Syarikat (AS) dan sekutu Baratnya serta menggelarnya sebagai palsu.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy berkata, keputusan Putin untuk menggabungkan empat wilayah itu sebagai tidak sah. - Foto AFP