Kadar tol AKLEH, GCE, LKSA, SILK turun mulai tengah malam ini

Iklan
Kadar tol di empat lebuh raya kendalian Prolintas akan diturunkan bermula tengah malam ini.

SHAH ALAM - Kadar tol di empat lebuh raya kendalian Kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) akan diturunkan antara lapan hingga 15 peratus bermula tengah malam ini.

Prolintas dalam satu kenyataan berkata, empat lebuh raya terlibat adalah Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK).

Iklan
Iklan

"Pengurangan kadar tol ini membabitkan kenderaan kelas satu (kenderaan yang mempunyai dua gandar contohnya kereta penumpang dan tiga atau empat roda, kecuali teksi dan bas) serta kelas empat (teksi) dan kelas lima (bas).

"Bagi kenderaan kelas dua (kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda, kecuali bas) dan kelas tiga (kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih, kecuali bas), kadar tol adalah tidak berubah,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Tambah kenyataan itu lagi, penurunan kadar berkenaan selaras dengan pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Khamis lalu.

"Prolintas komited untuk menyediakan perkhidmatan lebuh raya yang terbaik pada setiap masa termasuklah daripada aspek operasi dan penyelenggaraan lebuh raya sehinggalah pengalaman perjalanan semua pelanggan di semua lebuh raya kendaliannya.

Iklan

"Pihak syarikat juga akan terus menyokong usaha-usaha kerajaan yang boleh mengurangkan beban rakyat,” katanya.

Pada 13 Oktober lepas, Ismail Sabri dilaporkan berkata, penurunan kadar tol berkenaan adalah sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap masalah rakyat yang berdepan dengan masalah kenaikan kos sara hidup ketika ini.