Hadi ingatkan jangan pilih pemimpin salah, sesat

Iklan
Abdul Hadi

SHAH ALAM - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengingatkan pengundi supaya jangan sesekali memilih pemimpin daripada golongan yang salah dan sesat.

Beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab pengundi untuk bersama-sama menjalankan tanggungjawab memilih pemimpin yang betul dan benar.

Iklan
Iklan

"Bahkan, janganlah sekali-kali tidak keluar mengundi sehingga memberikan kemenangan kepada pihak yang salah.

"Mereka yang tidak menolong pihak yang benar, akibatnya akan menimpa ke atas seluruh manusia di dunia dan di akhirat,” katanya dalam satu catatan di Facebooknya pada Rabu.

Iklan

Jelas Abdul Hadi, dalam amalan demokrasi moden, rakyat diberikan peluang untuk menentukan kepimpinan negara melalui saluran pilihan raya bagi memilih pemimpin yang akan menentukan dasar serta amalan kerajaan.

Tambahnya, jika boleh hendaklah melantik pemimpin yang berkuasa atau wakil yang akan bercakap serta terakhir menyatakan perasaan hati sama ada bersetuju atau tidak terhadap apa yang berlaku.

Iklan

"Mereka juga terlibat dalam menentukan apa yang berlaku dalam kehidupan mereka, sama ada benar atau salah. Jika mereka berdiam diri terhadap perkara yang benar, maka hukumnya adalah berdosa dan jika berdiam diri dalam perkara yang salah juga adalah berdosa,” katanya.

Tegasnya, al-Quran ialah petunjuk sepanjang zaman daripada ALLAH SWT yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Kitab itu katanya, menjadi petunjuk dalam semua perkara, termasuklah dalam memilih pemimpin negara yang akan turut dihisab pada hari akhirat kelak.

Beliau turut memetik sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan Abi Ya‘la yang berbunyi ‘Sesiapa yang mati dalam keadaan tiada imam (pemimpin), nescaya matinya dalam keadaan jahiliah’.