PRU15: GTA pilihan baharu kepada pengundi

Iklan
Ahmad Idham ketika dalam program Sinar Live bertajuk Antara Realiti dan Ramalan yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Rabu.

SHAH ALAM - Parti Gerakan Tanah Air (GTA) menawarkan platform pilihan baharu kepada pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Penerangan GTA Negeri Sembilan, Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, alternatif GTA itu memberi tawaran berbeza dengan parti-parti lain kerana ia merupakan gabungan yang meletakkan penglibatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), golongan profesional serta individu dalam komponen yang sama.

Iklan
Iklan

"Mereka (NGO) yang berada di lapangan selama ini akan berada dalam gabungan tersebut sebab NGO sendiri sudah muak dengan politik dan parti untuk membawa suara mereka ke Parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dalam program Sinar Live bertajuk Antara Realiti dan Ramalan yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Rabu.

Iklan

Program berkenaan dihoskan oleh Fahiz Aliff.

Ahmad Idham (tengah) ketika dalam program Sinar Live bertajuk Antara Realiti dan Ramalan yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Rabu.

Selain itu, Ahmad Idham yang juga pengarah dan pelakon itu berkata, dengan adanya pilihan baharu itu, ia dapat menarik minat pada rakyat untuk keluar mengundi dalam PRU15 akan datang.

Iklan

"Pada saya, apabila platform itu sudah ada, penentu untuk memilih itu adalah rakyat. Jadi ini adalah ‘battle’ (pertarungan) yang kita kena hadapi sebab kita dalam demokrasi.

"Waima beberapa banyak parti pun nak ada, tetapi kalau ada satu (parti) yang kuat, rakyat percaya pada perjuangan itu maka semua akan pergi pada parti tersebut,” ujarnya.