Kaji semula pelan pembangunan Felda Sendayan: Zuraida

Iklan
Zuraida bersama barisan Yang Dipetua (YDP) Negeri Sembilan selepas selesai rangka lawatan di MPS petang tadi.

SEREMBAN - Pelan pembangunan perumahan di Bandar Sri Sendayan akan dikaji semula dengan mengambil kira cadangan pembinaan perumahan mampu milik di kawasan itu agar generasi Felda berpeluang memiliki kediaman.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, langkah tersebut dibuat selepas mengetahui perumahan di situ tidak mempunyai pelan cadangan membina rumah mampu milik oleh pemaju.

Iklan
Iklan

"Semalam Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, Teo Kok Seong telah dimaklumkan oleh pemaju yang membangunkan Felda Sendayan yang mana mereka mengakui tidak ada cadangan membina rumah mampu milik di tanah tersebut.

"Teo akan duduk berbincang dan semak semula pembangunan perumahan di situ dengan pemaju untuk memastikan bahawa rumah mampu milik dibina kerana ia hak peneroka Felda asal yang tidak ada rumah, generasi kedua, ketiga boleh manfaatkan projek tersebut," katanya selepas selesai rangka lawatan di bangunan baharu Majlis Perbandaran Seremban, hari ini.

Iklan

Zuraida berkata, projek tersebut bukan sahaja memberi peluang kepada generasi Felda malahan boleh ditawarkan kepada golongan B40 di negeri ini yang ada membuat permohonan rumah mampu milik.

Sementara itu dalam perkembangan berlainan, Zuraida berkata, pembeli projek perumahan di Perpaduan Heights, Kuala Pilah yang terbengkalai sejak 2005 akan disemak dan bakal ditawarkan projek perumahan lain yang berada sekitar Kuala Pilah.

Iklan

" Projek di situ dibangunkan di atas tanah berpasir dan tidak sesuai menyebabkan pemaju memberhentikan pembinaan.

"Seramai 206 pembeli akan ditawarkan perumahan di lokasi baru sekitar Kuala Pilah jika unit perumahan yang ditawarkan tidak mencukupi," katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri akan mencadangkan tapak baharu bagi membangunkan perumahan pembeli Perpaduan Heights itu.

Zuraida turut mengesahkan setakat ini tiada projek perumahan di bawah KPKT termasuk Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), yang terbengkalai kecuali projek Perumahan Rakyat Termiskin di Chembong, Rembau.