REAL Madrid memperkukuhkan cengkaman takhta La Liga selepas menewaskan kelab tercorot Elche 3-0 di Estadio Martinez Valero.
Kemenangan liga kesembilan Los Blancos musim ini, rentetan kemenangan El Clasico 3-1 ke atas Barcelona di Stadium Santiago Bernabeu Ahad lalu menerusi jaringan pembukaan Federico Valverde pada minit ke-11.
Iklan
Iklan
Pelawat berpeluang melebarkan jaringan, namun jaringan Alaba (26'), Karim Benzema (27') diikuti gol minit ke-60 dibatalkan kerana ofsaid.
Elche yang berusaha kembali bangkit dalam perlawanan pada babak kedua ternyata gagal menyaingi kelas dimiliki Los Blancos.
Anak buah Carlo Ancelotti melengkap pesta gol di laman sendiri dengan dua lagi jaringan dijanakan Benzema (75') dan pemain gantian Marco Asensio (89').
"Jadi, saya tidak mahu melakukan penggiliran pemain terlalu banyak. Saya mahu pasukan fokus secara menyerang, kami sangat bagus dalam perlawanan ini.
"Tetapi, ia adalah permainan terbuka sehingga pertengahan separuh masa kedua kerana terdapat banyak gol ofsaid. Ia mungkin lebih sukar," kata Ancelotti.