Lebih sejuta belia usia 18 hingga 20 tahun mengundi kali pertama

Iklan
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA - Seramai 1,393,549 pemilih berusia 18 hingga 20 tahun di seluruh negara akan mengundi kali pertama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), November ini.

Berdasarkan statistik umur Daftar Pemilih yang dikemas kini sehingga 9 Oktober, seramai 86,914 pengundi berusia 90 tahun ke atas.

Iklan
Iklan

Bagi lingkungan umur 21 hingga 29 tahun, seramai 4,614,429 orang pengundi layak.

Manakala bagi usia 30 hingga 59 tahun pula adalah seramai 11,354,094 orang serta pemilih warga emas pula adalah seramai 3,724,652 orang.

Iklan

Bagi pecahan negeri pula, Selangor merekodkan bilangan pemilih tertinggi iaitu 3,677,848 orang diikuti Johor, 2,616,575 orang.

Pemilih di Perak adalah 2,036,872, Sarawak (1,943,074), Sabah (1,689,387) , Kedah (1,575,805), Kelantan (1,404,753) Pulau Pinang (1,226,626), Kuala Lumpur (1,151,407), Pahang (1,136,944), Terengganu (992,856), Negeri Sembilan (850,865), Melaka (657,324), Perlis (195,927), Labuan (44,484) dan Putrajaya (42,881).

Iklan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan seramai 21,173,638 orang pengundi pada PRU15 kali ini.