Taman Eko Rimba, Hutan Taman Negeri ditutup

Iklan
Sumber gambar daripada siaran Facebook Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia pada Khamis

SHAH ALAM - Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia memaklumkan beberapa Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri di bawah seliaannya akan ditutup.

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia berkata, penutupan tersebut adalah sebagai langkah berjaga-jaga berikutan musim tengkujuh yang boleh mendatangkan risiko kemalangan kepada para pengunjung.

Iklan
Iklan

"Berikutan daripada musim tengkujuh, terdapat beberapa Jabatan Perhutanan Negeri yang memaklumkan penutupan Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri di bawah seliaannya.

"Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini boleh dibuat melalui Jabatan Perhutanan Negeri berkenaan sepertimana pautan: https://www.forestry.gov.my/.../jabatan-perhutanan-negeri

Iklan

"Anda semua diingatkan untuk sentiasa berhati-hati dalam melakukan aktiviti kegemaran anda di Hutan Simpanan Kekal (HSK) untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini,” katanya dalam siaran di Facebooknya pada Khamis.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini meramalkan negara bakal mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November yang membawa risiko banjir besar pada hujung bulan berkenaan.

Iklan