Tun M saran SPR larang pengundi bawa telefon bimbit

Iklan
Tun Dr Mahathir Mohamad

SHAH ALAM - Pengerusi Penaja Parti Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melarang pengundi membawa masuk telefon bimbit ke pusat mengundi sebagai mengelakkan budaya rasuah.

Beliau berkata, prosedur tersebut perlu diketatkan kerana telefon bimbit didakwa boleh mengundang kebocoran rahsia pengundi dan dijadikan sebagai modal mendapatkan habuan.

Iklan
Iklan

"Terdapat banyak kelemahan dalam pilihan raya. Tetapi SPR enggan mendengar teguran berkenaan kelemahan ini.

Bekas Perdana Menteri itu mengingatkan SPR bahawa pengundi boleh menunjukkan gambar kertas undi yang dipangkahnya kepada parti politik untuk mendapat habuan.

Iklan

"Pengundi boleh tunjuk melalui telefon bahawa dia sudah undi parti tertentu dan parti pun hulur wang.

"Tidak bolehkah Suruhanjaya Pilihan Raya tegah membawa telefon bimbit semasa mengundi? Dan banyaklah lagi kelemahan pilihan raya yang perlu diperbaiki oleh SPR sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)," katanya.

Iklan