KUALA LUMPUR - Senarai calon UMNO yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan dimuktamad dalam masa sehari dua lagi, kata Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Mahdzir, yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata, masih ada masa sebelum perkara itu dimuktamadkan kerana tarikh penamaan calon ialah pada 5 Nov depan seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).