Aaron-Wooi Yik mara suku akhir Terbuka Denmark

Iklan
Aaron-Wooi Yik meneruskan rentak kecemerlangan apabila mara ke suku akhir Terbuka Denmark 2022. -Foto BAM

JUARA beregu dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan rentak kecemerlangan apabila mara ke suku akhir Terbuka Denmark 2022 di Odense pada Khamis.

Gandingan nombor satu negara itu mengenepikan pasangan Perancis Lucas Corvee-Ronan Labar, 21-13, 21-18 di Jyske Bank Arena dalam masa 31 minit.

Iklan
Iklan

Aaron-Wooi Yik gandingan di ranking keempat dunia, dijadual bertemu pasangan India yang juga pilihan ketujuh R Satwiksairaj-Chirag Shetty, pada perlawanan suku akhir pada Jumaat.

Sementara itu, jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia turut melangkah ke suku akhir selepas menumpaskan pemain Jepun, Kanta Tsuneyama 21-5, 21-19.

Iklan

Pemain ketiga dunia itu bakal berentap dengan pemain perseorangan Indonesia Jonatan Christie pada suku akhir juga pada Jumaat.

Sementara itu, beregu campuran negara Goh Soon Huat-Lai Shevon Jemie, mencipta sensasi apabila menewaskan rakan sepasukan Tan Kian Meng dan pasangannya Lai Pei Jing 18-21, 24-22, 22-20.

Iklan

Pasangan ke-13 dunia itu, bakal bertemu pilihan kedua kejohanan Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun, pada pertembungan suku akhir.

Bagaimanapun, perjuangan beregu wanita nombor satu negara Pearly Tan-M Thinaah terhenti, apabila disingkirkan pasangan China yang juga pemain pilihan utama kejohanan Chen Qing Chen-Jia Yi Fan 21-18, 20-22, 21-17.