Declan idam bantu City Boys julang Piala AFC

Iklan
Declan Lambert

PERTAHANAN Kuala Lumpur City FC (KL City), Declan Lambert mengakui sedang menjalani musim cemerlang dalam kariernya meskipun bergelut masalah kecergasan pada awal musim.

Bagaimanapun, menurut Declan, masalah itu berjaya selesai dengan bantuan jurulatih dan minit permainan bersama The City Boys musim ini.

Iklan
Iklan

Justeru, dia mahu membalas kepercayaan itu dengan menampilkan aksi terbaik menentang Al Seeb dan berharap mampu membantu pasukannya menjulang kejuaraan tersebut.

"Setakat ini saya melalui musim ini dengan sangat baik apabila berjaya mendapat panggilan beraksi bersama skuad kebangsaan dan berjaya layak ke final Piala AFC.

Iklan

"Jadi, saya berharap pada aksi akhir nanti dapat pamerkan aksi terbaik, sekali gus mampu membantu KL City menjuarai Piala AFC,” katanya kepada media di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada Rabu.

Mengenai lawannya kelab dari Oman yang akan ditentang pada Sabtu, Declan mengakui Al Seeb merupakan pasukan yang kuat terutama di barisan serangan.

Iklan

Meskipun begitu, Declan percaya ia bukan satu perkara yang mustahil mengekang barisan serangan lawan sambil berharap aksi ketika menentang kelab India dan Uzbekistan dapat dijelmakan pada perlawanan akhir.

"Sudah tentu ia bukan perlawanan akhir yang mudah. Jadi, saya harap barisan pertahanan KL City dapat beraksi pada tahap terbaik masing-masing,” ujarnya.