Ten Hag 'gugur' Ronaldo berdepan Chelsea

Iklan
Ronaldo

PENYERANG Manchester United, Cristiano Ronaldo tidak akan berada dalam skuad The Red Devils bagi perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Chelsea di Stamford Bridge pada Sabtu, kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Ronaldo, yang tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama ketika Manchester United melakar kemenangan 2-0 ke atas Tottenham Hotspur pada Khamis, keluar meninggalkan stadium dengan memasuki terowong sebelum tamat perlawanan selepas tidak diturunkan pengurus Erik ten Hag.

Iklan
Iklan

Ten Hag selepas perlawanan berkata, dia akan menangani perkara itu, sambil menambah tumpuannya kini adalah kepada pasukan.

"Selebihnya, para pemain akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada persediaan untuk perlawanan itu," kata United.

Iklan

Ronaldo menjaringkan 24 gol dalam semua pertandingan untuk United musim lalu selepas menyertai The Red Devils untuk tempoh kedua dari Juventus, namun pemain Portugal itu hanya memulakan dua perlawanan liga pada kempen kali ini.

Pemenang Ballon d'Or lima kali itu juga menjaringkan gol ke-700 dalam kariernya ketika Manchester United mengalahkan Everton di Goodison Park bulan ini, menambah satu lagi kejayaan dalam kariernya yang sarat dengan trofi.

Iklan

Ronaldo, juga memenangi tiga gelaran EPL dan Liga Juara-Juara dalam tempoh pertamanya bersama United, membantu Portugal memenangi Kejohanan Eropah 2016.

Dia dikaitkan dengan perpindahan semasa jendela perpindahan musim panas, walaupun ten Hag berkata, dia masih disenaraikan dalam perancangannya musim ini.

Manchester United berada di tempat kelima EPL dengan 19 mata, satu mata di belakang Chelsea di tangga keempat selepas 10 perlawanan.