Schmeichel kecewa tindakan 'kebudak-budakan' Ronaldo

Iklan
Ronaldo

BEKAS penjaga gol Manchester United, Peter Schmeichel mengakui kecewa dengan tingkah laku Cristiano Ronaldo semasa kelab itu menang 2-0 ke atas Tottenham Hotspur, sambil menyifatkan tindakan 'kebudak-budakan' pemain Portugal itu merupakan gangguan di Old Trafford.

Ronaldo sebelum itu keluar meninggalkan stadium dengan menyusuri terowong ketika perlawanan berbaki beberapa minit selepas sekali lagi diletakkan di bangku simpanan oleh pengendali Erik ten Hag.

Iklan
Iklan

Tindakan 'kebudak-budakan' Ronaldo mencemarkan malam mengagumkan para pemain Manchester United yang mengatasi Spurs kendalian Antonio Conte.

"Saya boleh katakan ini kali pertama saya kecewa dengannya. Biasanya saya sokong dia, saya faham situasi dia.

Iklan

"Isu di sini ialah apakah dia pemain yang begitu besar, apakah kehadiran dia yang begitu besar. Adakah kes ini disebabkan hanya kerana dia tidak bermain atau sebaliknya? Saya tidak tahu," kata Schmeichel.

Pemain berusia 37 tahun, yang telah menjaringkan 103 gol Liga Perdana Inggeris untuk United, hanya memulakan dua perlawanan liga musim ini, namun menjadi pemain tetap dalam Liga Europa.

Iklan

Selepas permulaan yang sukar, ten Hag telah mula mengembalikan kecemerlangan Manchester United dan Schmeichel berkata, tumpuan perlu diberikan kepada proses mengekalkan kemajuan kelab.

"Kami telah mendapatkan Erik ten Hag sekarang yang mempunyai idea yang sangat jelas tentang cara dia mahu bermain bola sepak. Kami memerlukan pemahaman dan masa daripada semua orang termasuk dia.

"Kami tidak memerlukan gangguan seperti (Ronaldo) itu, dan tindakan tersebut amat mengecewakan saya," kata Schmeichel.

Manchester United berada di tangga kelima, lapan mata di belakang pendahulu Arsenal, namun hanya satu mata di belakang Chelsea di tangga keempat.