Duka Barcelona terubat

Iklan
Lewandowski meledak dua gol ketika membantu Barca menewaskan Villarreal 3-0 dalam saingan La Liga pada Jumaat. - Foto Agensi

DUKA kekalahan dalam aksi Clasico terubat apabila Barcelona membenam Villarreal 3-0 dalam saingan La Liga pada Jumaat.

Dua jaringan Robert Lewandowski dan satu gol pemain remaja, Ansu Fati, 19, sedikit melegakan jurulatih Xavi Hernandez dalam saingan domestik.

Iklan
Iklan

Barcelona kekal di tangga kedua dengan 25 mata, tiga mata di belakang Real Madrid dan melebarkan jurang dengan pasukan di tangga ketiga, Real Sociedad.

Hernandez melakukan lima pertukaran daripada kesebelasan yang tewas 1-3 di Real Madrid pada Ahad lalu.

Iklan

"Perubahan ini bukan kerana saya salahkan sesiapa," ujar Hernandez.

Di sebalik kemenangan itu, tekanan masih tetap dirasai oleh Hernandez dan pasukannya yang di ambang penyingkiran daripada Liga Juara-Juara selepas sekadar seri 3-3 menentang Inter Milan di tempat sendiri minggu lalu.

Iklan

"Pada Ahad ini (menentang Athletic Bilbao) saya akan melakukan lebih banyak pertukaran. Saya mahu semua pemain bersedia 100 peratus apabila tiba peluang mereka.

"Kami perlukan intensiti dan perlu segera bangkit selepas dua keputusan teruk dan saya fikir kami beraksi dengan baik malam ini," katanya.

Dalam aksi itu Fati mencipta tiga peluang awal, namun gagal menemui penyudah sebelum Lewandowski membuka tirai jaringan pada minit ke-31.

Barcelona meledak tiga gol dalam tempoh tujuh minit selepas penyerang Poland itu melebarkan kedudukan dengan rembatan lencong dan Fati menjaringkan gol ketiga.

Lewandowski sudah menjaringkan 11 gol untuk Barcelona musim ini dan muncul penjaring terbanyak, empat gol mengatasi pencabar terdekat.