'Perkara luar kawalan' - Ronaldo

Iklan
Ronaldo

BINTANG sensasi Manchester United, Cristiano Ronaldo menegaskan komitmennya terhadap The Red Devils tidak berubah sejak dia membina karier.

Namun tonggak Portugal berusia 37 tahun itu mengakui adakalanya ketegangan boleh mengundang perkara menjadi di luar kawalan.

Iklan
Iklan

"Menyerah kepada tekanan bukan satu pilihan. Ia tidak pernah berlaku. Ini adalah Manchester United dan kami mesti bersatu. Tidak lama lagi kami akan bersama semula," katanya.

Sebelum ini Ronaldo mencipta kontroversi ketika Manchester United mengatasi Tottenham Hotspur 2-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Old Trafford, apabila dia yang memanaskan bangku simpanan secara mengejutkan meninggalkan pasukannya sebelum perlawanan tamat.

Iklan
Iklan

Tindakan 'kebudak-budakan' Ronaldo itu mengundang kritikan dalam kalangan netizen dan bekas pemain kelab tersebut yang disifatkan mengganggu keharmonian di Old Trafford.