SHAH ALAM – Anchor Food Professionals (Anchor) melancarkan kempennya, Anchor Legendairy Spread Joy, Spread Love bermula 1 Oktober lepas untuk meraikan penggemar makanan yang berasaskan produk tenusu Anchor.
Kempen itu disertai sebanyak 800 penyertaan terdiri daripada restoran, bakeri dan kafe di seluruh negara yang menyediakan aneka juadah, snek, pencuci mulut, dan minuman yang diperbuat daripada produk tenusu Anchor.
Pengarah Perkhidmatan Makanan, Fonterra Brands Malaysia, Jack Tan berkata, Anchor sebagai pembekal produk tenusu bertaraf dunia mempelawa rakyat Malaysia meraikan makanan yang lazat.
"Kempen Anchor Legendairy Spread Joy, Spread Love oleh Anchor akan dijalankan dalam tiga fasa. Fasa yang pertama ialah peraduan nasional yang akan mengambil tempat bermula 1 Oktober 2022 hingga 30 November 2022.
"Rakyat Malaysia juga dapat berkongsi keriangan dan keihsanan dengan golongan yang memerlukan lalu berpeluang memenangi hadiah berupa makanan bernilai lebih daripada RM50,000 hanya dengan menikmati makanan dan minuman kegemaran mereka,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, bagi setiap penyertaan diterima dalam peraduan itu, Anchor akan menyumbang RM1 ke dalam tabung bantuan makanan yang akan disalurkan kepada golongan memerlukan.
Peserta boleh mengambil bahagian dalam peraduan ini dengan cara yang mudah.
"Mereka boleh mengunjungi outlet makanan dan minuman terlibat. Untuk senarai lengkap, sila layari laman sesawang peraduan ini di https://bit.ly/AFPSpreadJoy-SpreadLove.
"Beli makanan dan minuman yang terpilih dibuat menggunakan produk Anchor Dairy. Imbas kod QR yang disediakan di premis atau pelekat bungkusan makanan oleh restoran, bakeri, dan kafe yang terlibat untuk melawat laman sesawang rasmi peraduan tersebut,” katanya.
Beliau berkata, mereka perlu menghantar gambar resit melalui WhatsApp dengan mengetik butang"Upload Receipt Here!” di laman sesawang rasmi peraduan tersebut.