Jaringan awal sandaran Kelantan berdepan ATM

Iklan
Kelantan mahu mencari jaringan awal berdepan ATM pada aksi suku akhir Kejohanan Piala Emas Raja-Raja di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada petang Sabtu.

KELANTAN bertekad mahu mencari jaringan awal ketika turun melayan kunjungan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada aksi suku akhir Kejohanan Piala Emas Raja-Raja di Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada petang Sabtu.

Pengendalinya, Affandi Yusoff berkata, jaringan awal itu disifatkan cukup penting sebagai pembakar semangat buat anak buahnya meraih kemenangan pada perlawanan itu nanti sekali gus mara ke pentas separuh akhir.

Iklan
Iklan

"Besar harapan saya untuk melihat setiap peluang terhidang dalam perlawanan itu nanti dimanfaatkan sebaik mungkin dengan menterjemahkannya dalam bentuk jaringan.

Begitupun katanya, skuad kendaliannya itu tidak boleh mengambil mudah keupayaan pasukan lawan yang pastinya akan turun bermati-matian pada aksi itu nanti.

Iklan

Justeru, beliau berharap barisan pemain yang akan menggalas tanggungjawab pada perlawanan itu nanti dapat memberikan aksi terbaik mereka.

Affandi turut berharap, anak-anak buahnya tidak mudah hilang fokus sepanjang perlawanan tersebut kerana ia boleh mengundang padah kepada pasukan.

Iklan

Katanya, semua pemain perlu beraksi sebagai satu pasukan dan mengikut setiap perancangan serta percaturan yang telah diterapkan dalam sesi latihan.

"Saya gembira moral dan semangat pemain berada pada tahap terbaik untuk berdepan ATM nanti," ujarnya.

Kelantan layak ke pentas suka akhir selaku juara Kumpulan B selepas mencatatkan dua kemenangan dan satu kekalahan.