Potong gaji, elaun PM hanya gimik politik Anwar

Iklan
Gambar dari kiri: Shamsul Anuar, Anwar Ibrahim

SHAH ALAM - Keputusan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuat pemotongan gaji dan elaun Perdana Menteri sekiranya gabungan tersebut menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hanya dilihat gimik politik semata-mata.

Menurut Pengarah Komunikasi BN, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, jika tanggungjawab dilaksana dengan baik, ia menjadi hak Perdana Menteri atau menteri untuk memperolehinya.

Iklan
Iklan

Ujar beliau, apa yang rakyat mahukan adalah kepentingan mereka dibela dan juga kedudukan negara yang lebih ke hadapan.

"Tindakan dan gimik politik yang tidak membawa banyak faedah kepada rakyat sudah tidak lagi dimahukan oleh rakyat.

Iklan

"Rakyat Malaysia sudah bijak. Apa yang mereka mahu ialah pemimpin yang mampu membawa kestabilan kepada negara. Rakyat mahukan juga kemakmuran demi masa depan mereka,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Jumaat.

Sebelum ini, Anwar dalam satu ucapan ketika Konvensyen Harapan di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), Perak, menyatakan keputusan untuk berbuat demikian kerana mengambil kira keadaan ekonomi yang didakwa semakin mencengkam rakyat.

Iklan

Selain itu katanya, pemotongan gaji akan dilakukan ke atas semua barisan jemaah menteri serta saiz kabinet akan turut dikecilkan.

Sementara itu, Shamsul menambah bahawa Anwar disifatkan mempunyai karakter yang sama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menjadi punca kepada banyak masalah dalam negara.

"Sejak sekian lama, Anwar dan Dr Mahathir, adalah dua watak yang telah lama membawa ketidakstabilan politik dalam negara ini. Kerana mereka Malaysia mengalami banyak masalah,” katanya.