ANGAT- FILIPINA. Saat menyayat hati apabila melihat seekor anjing liar sedang menelan mi segera namun apa yang berlaku mi itu keluar semula menerusi kerongkongnya sebelum tiba ke dalam perut.
Menerusi Facebook John Paolo Santiago Navea, dia sempat merakam aksi pilu itu apabila memberikan mi segera kepada anjing berkenaan.
Katanya, ketika sedang melihat anjing itu dia ternampak mi yang ditelan keluar secara berterusan menerusi lehernya.
"Saya terkejut melihat keadaan itu, apabila mendekatinya, terdapat lubang besar terbentuk di kerongkong anjing berkenaan.
"Kemungkinan anjing itu telah disembelih namun berjaya melarikan diri," katanya perbuatan mencederakan anjing perlu dihentikan segera.
Video itu menunjukkan anjing itu berusaha untuk menelan makanan tanpa henti namun usahanya seperti sia-sia apabila mi berkenaan keluar semula dan berada di pinggan tersebut.
Beliau juga menggesa kepada pemilik anjing yang tidak mahu membela haiwan kesayangan agar menyerahkan kepada pihak berkaitan bukan meninggalkan binatang itu di tepi jalan.
Katanya, berdasarkan undang-undang Filipina, sesiapa yang mencederakan binatang dengan kejam, mengabaikan, boleh disabitkan kesalahan penjara atau denda dan kedua-dua sekali.
Rakaman berdurasi 1.16 minit itu berjaya menarik perhatian netizen dan kini meraih 3.1 juta tontonan, 70,000 perkongsian, 93,000 tanda suka dan lebih 2,000 maklum balas dari netizen. - Dailymail