Pengawal keselamatan ditahan rogol kekasih bawah umur

Iklan
Anbalagan

BALIK PULAU - Seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah ditahan selepas didapati merogol kekasihnya yang merupakan pelajar di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, pengawal keselamatan berusia 24 tahun itu ditahan di pos pengawal sekolah menengah berkenaan pada jam 2.20 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siasatan awal mendapati, suspek mengaku melakukan seks dengan mangsa berusia 13 tahun pada Mac lalu di dalam pos pengawal sekolah terbabit.

"Suspek mengaku hanya sekali melakukan hubungan seks dengan kekasihnya yang juga pelajar sekolah berkenaan. Dia mengaku mengenali mangsa pada Februari lalu dan sejak itu, mereka menjalinkan hubungan.

Iklan

"Suspek yang berasal dari Paya Kongsi itu sudah berkahwin. Ujian saringan air kencingnya menunjukkan negatif. Polis akan memohon reman terhadap suspek untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan," katanya ketika dihubungi tadi.

Anbalagan berkata, kejadian itu terbongkar setelah ibu mangsa yang berusia 49 tahun membuat laporan polis kerana tidak mahu anaknya mempunyai hubungan dengan suspek.

Iklan

"Pada 5 April lalu, ibu mangsa mendapat maklumat bahawa anaknya menjalin hubungan dengan pengawal keselamatan di sekolah terbabit. Dia juga pernah ternampak anaknya dan suspek bercium.

"Dia telah berkali-kali bertanya kepada anaknya namun anaknya tidak mengaku. Wanita itu kemudiannya membuat laporan polis kerana tidak mahu hubungan anaknya itu diteruskan kerana masih di bawah umur," katanya.

Tambahnya, hasil siasatan mangsa tidak cedera malah tidak melawan ketika kejadian itu berlaku.

"Mangsa dirawat di Hospital Pulau Pinang dan hasil pemeriksaan mendapati, terdapat koyakan lama pada kemaluan mangsa.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan," katanya.