Maritim Malaysia, ATM perkukuh keselamatan perairan negara

Iklan
Sebahagian aksi latihan berkenaan pada Khamis. - Foto: Maritim Malaysia

MERSING – Latihan kerjasama melibatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bersama pihak berkuasa seperti Angkatan Tentera Malaysia (ARM) dilihat bakal membantu memperkukuhkan keselamatan perairan negara.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata, latihan kerjasama berkenaan juga akan dapat membantu usaha melawan keganasan maritim.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Maritim Malaysia amat memandang serius terhadap segala jenayah dan keganasan maritim.

"Oleh itu, melalui latihan kerjasama seperti ini diharap dapat membantu bagi memperkukuhkan lagi keselamatan perairan negara,” katanya.

Iklan
Sebahagian latihan yang dijalankan. - Foto: Maritim Malaysia

Untuk rekod, Khamis lalu, Maritim Malaysia, Zon Maritim Mersing dengan kerjasama Regimen 22 Komando (Skuadron Perahu Khas), Kem Iskandar, Mersing telah berjaya laksanakan satu latihan Operasi Melawan Keganasan Maritim sempena penganjuran Hari Pengajian Gerak Khas (HPGK), di sekitar perairan Pulau Tinggi, Mersing.

Senario latihan ini melibatkan sebuah kapal Maritim Malaysia Johor iaitu KM, Perkasa 31 dan 10 bot dari Grup Gerak Khas (GGK) dengan kekuatan pegawai dan anggota lebih kurang 40 anggota Maritim Malaysia dan 100 anggota Grup Gerak Khas (GGK), Regimen 22 Komando, Kem Iskandar Mersing.

Iklan

Latihan yang bermula jam 8 pagi itu melibatkan KM Perwira telah dijadikan sebagai Staging Point Platform atau lokasi kejadian menyelamatkan tebusan bagi pasukan gempur Grup Gerak Khas Komando (GGK).

Sementara itu, Khairul Nizam turut menzahirkan penghargaan kepada pihak ATM atas latihan kerjasama berkenaan.

"Kita di Maritim Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak ATM, terutamanya kepada Regimen 22 Komando, Kem Iskandar Mersing dalam menjalankan latihan yang dianjurkan,” katanya.