KUALA LUMPUR - Pindaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini bertujuan menyekat perdana menteri dari menggunakan kuasanya mengisytiharkan kawasan tertentu sebagai ‘kawasan keselamatan’, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Dan jika seseorang ditangkap (dalam kawasan keselamatan) mati, tidak akan ada siasatan. Jadi ini beri perdana menteri kuasa tentang hidup mati seseorang. Ini dahsyat, perdana menteri tidak harus punya kuasa itu.