Orang Perak perlu bangga ada calon PM

Iklan
Anwar Ibrahim (Kenyataan Mujahid mengenai keputusan Anwar bertanding di Parlimen Tambun.)

IPOH - Pakatan Harapan (PH) Perak menyifatkan keputusan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen Tambun sesuatu yang perlu dibanggakan oleh rakyat negeri ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, buat pertama kalinya bakal Perdana Menteri akan dilantik dari negeri Perak.

Iklan
Iklan

Jelas beliau, pengumuman yang dibuat pada Khamis ketika Konvensyen PH itu juga sangat signifikan terhadap usaha parti untuk menjadi kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Orang Perak belum lagi mendapat seorang Perdana Menteri dari negeri ini walaupun pernah menikmati bekas Ahli Parlimen Bagan Datuk selaku timbalan perdana menteri.

Iklan

"Tiba masanya orang Perak berbangga calon Perdana Menteri kali ini dari bumi bertuah Perak," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mujahid berkata, kerusi Parlimen Tambun adalah lambang kepada menebus perbuatan khianat mandat rakyat dari penyandangnya.

Iklan

Katanya, sudah tiba masa kawasan Parlimen Tambun dan seluruh Parlimen bangkit memilih calon berintegriti dan berwibawa.

Pada malam Khamis, Anwar yang juga Ketua Pembangkang, mengumumkan bertanding di kerusi Parlimen Tambun pada PRU15 ini.

Perkara itu dimaklumkan beliau sendiri ketika menyampaikan ucaptama dalam Konvensyen Harapan 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (ICC) Ipoh pada malam Khamis.