KUCHING - DAP akan bertanding di lapan kerusi Parlimen di Sarawak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bulan depan, kata Pengerusi DAP negeri, Chong Chieng Jen.
Chieng Jen berkata, kerusi berkenaan ialah Mas Gading, Bandar Kuching, Stampin, Serian, Lanang, Sibu, Sarikei dan Bintulu.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, senarai calon bagi wilayah tengah akan diumumkan esok di Sibu manakala wilayah selatan diumumkan Ahad ini di Kuching.
"Kami akan melakukan yang terbaik untuk mempertahankan enam kerusi penyandang, diharapkan kami dapat tambah (kemenangan) satu atau dua lagi kerusi.
"Sebelum ini pada (PRU14) 2018, dengan enam kerusi Parlimen yang disumbang DAP Sarawak, kami berjaya menukar kerajaan Persekutuan, justeru amat penting untuk kami mempertahankannya,” katanya pada sidang media di sini pada Jumaat.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November ini sebagai tarikh pengundian bagi PRU15 dan penamaan calon pada 5 November manakala pengundian awal pada 15 November. - Bernama
Artikel Berkaitan