Aaron-Wooi Yik mara separuh akhir Terbuka Denmark

Iklan
Aaron-Wooi Yik tersenyum apabila berjaya mara ke pentas separuh akhir Terbuka Denmark

[DIKEMAS KINI] Juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik seperti dijangka tidak berdepan masalah untuk mara ke pentas separuh akhir Terbuka Denmark pada Jumaat.

Pada separuh akhir, Aaron-Wooi Yik akan menentang beregu Indonesia, Marcus Fenaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo yang menyingkirkan rakan senegara, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin, 15-21, 22-20, 22-20 dalam masa 56 minit.

Terdahulu pada perlawanan suku akhir di Jyske Bank Arena, Odense, Aaron-Wooi Yik yang merupakan pilihan keempat kejohanan menyingkirkan cabaran Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India.

Iklan
Iklan

Pada set pertama, Aaron-Wooi Yik yang tampil agresif berjaya melepasi tentangan hebat lawan apabila menewaskan pilihan ketujuh kejohanan itu 21-16.

Pada set kedua pula, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty tampil lebih garang untuk kembali ke dalam perlawanan bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, pengalaman dimiliki Aaron-Wooi Yik, menyaksikan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty terpaksa akur kekalahan 21-19 dalam perlawanan yang berlangsung selama 41 minit.