RIYADH - Seorang pekerja lelaki dari Sudan bertuah kerana majlis perkahwinannya ditaja oleh seorang rakannya yang juga warga Arab Saudi baru-baru ini.
Rakannya itu menaja majlis perkahwinan pekerja tersebut di bandar Sakaka, wilayah Al-Jawf, lapor media tempatan.
Iklan
Iklan
Stesen televisyen Al Ekhbariya turut menyiarkan rakaman majlis perkahwinan itu dan memberitahu para penonton bahawa warga Sudan itu lebih suka mengadakan perkahwinannya di bandar Sakaka.
Pekerja tersebut yang dikenali sebagai Mohammed Jamal menyatakan bahawa hubungannya dengan rakannya itu telah menjadi hubungan kekeluargaan dan bukan sekadar di peringkat pekerjaan sahaja.
Dia yang telah bekerja dengannya selama tujuh tahun berkata ramai rakannya telah menghadiri majlis tersebut.
Liputan televisyen itu menunjukkan ketuanya itu juga mengambil bahagian dalam membuat persiapan untuk majlis perkahwinan Jamal dan menyambut para tetamu.
Ketika ini ramai warga asing yang bekerja di Arab Saudi. - Agensi